Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

200 polis bantuan sertai seminar



KOTA SAMARAHAN: Seramai 200 anggota Polis Bantuan dari pelbagai agensi di negeri ini telah menyertai Seminar Kepolisan Komuniti yang diadakan selama sehari anjuran Bahagian Keselamatan UNIMAS dan Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak.

Seminar itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman mewakili Naib Canselor UNIMAS bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin UNIMAS.

Dalam seminar tersebut, dua penceramah telah dijemput iaitu Supt. Ang Seow Aun dari Kontinjen Polis Sarawak dan DSP Saga Anak Chunggat dari Pusat Pengajian PGA PULAPOL Kuching.

Objektif seminar adalah untuk merealisasikan impian kerajaan khasnya PDRM dalam memastikan peningkatan penyertaan dan penglibatan rakyat termasuk anggota Polis Bantuan dalam program-program pencegahan jenayah.

Ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan pembelajaran para peserta terutama anggota Polis Bantuan dalam hal-hal berkaitan persiapan dan persediaan menghadapi jenayah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Seminar ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial (CSR) UNIMAS dan relevan untuk menyahut “United Nation Development Goal Ke16 (Peace and Justice, Strong Institution).

Ini kerana anggota Polis Bantuan merupakan lapisan Echelon kedua dan dilihat sebagai “mata dan telinga” kepada PDRM dan masyarakat khasnya.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.