Konsert Kamek Sayang Sarawak
BINTULU - Orang ramai dijemput hadir ke Konsert Kamek Sayang Sarawak yang menampilkan penyanyi popular seperti Baby Shima, Hafiz Suip dan Andrewson Ngalai bagi menghiburkan pengunjung pada hari ini.
Konsert anjuran Majlis Seni Sarawak akan diadakan di Jalan Lapangan Terbang Lama Bintulu dibahagikan kepada dua segmen bermula dari jam 4 ke 6 petang untuk segmen pertama dan konsert penuh akan bermula pada jam 8 malam.
Konsert Kamek Sayang Sarawak untuk julung kalinya akan mempersembahkan drama tarian 15 minit (DRAMATARI) yang dikenali sebagai "Sayang Sarawak" sebagai pembuka tirai bertujuan untuk menyebarkan Sejarah Sarawak dan jalan menuju kemerdekaan dari prespektif rakyat.
Selain itu, penyanyi lain yang bakal membuat persembahan juga adalah Melissa Francis, Rosiana Urai, Claudia Geres, Firdaus Materang, Roxane dan Cipta Band.
Konsert ini menjanjikan hiburan yang menarik serta sesuai untuk keluarga.
Orang awam akan dihiburkan dengan ramai penyanyi dan penghibur serta persembahan budaya dari pelbagai suku etnik.
Pertunjukan pra-pertunjukan akan menampilkan persembahan dari Kumpulan Kebudayaan Bintulu, Kumpulan “The Craft”, Mitra Band (kugiran tradisional dari Majlis Seni Sarawak), dan juara FIKON (Final Konsert), satu program mencari bakat baru nyanyian.
Juara FIKON sebelum ini juga akan tampil menghiburkan orang ramai iaitu Willy Lengang anak Tawan, Mohd Sofuan bin Yusof, Reynold Johan, Nurul Zahnesha bin Hamli dan Sulaiman Usop.
Acara ini akan berakhir dengan pertunjukan bunga api.

Post a Comment