Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Tiga cedera dalam kemalangan jalanraya



MIRI – Tiga orang pengguna jalanraya mengalami kecederaan apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan jalan raya lewat malam tadi.

Kemalangan jalanraya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Kancil dengan sebuah Proton Wira.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Miri menerima panggilan pada jam 11.30 malam tadi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian, anggota Bomba telah mengeluarkan pemandu Perodua Kancil dan di serahkan kepada pihak ambulan hospital untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang lain telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital.

Seterusnya pihak bomba melakukan pembersihan pada permukaan jalanraya untuk keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Operasi tamat pada jam 12.20 pagi.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.