Dua beradik harumkan nama Sarawak
KUCHING - Dua beradik dari Sarawak mengharumkan nama bukan sahaja keluarga mereka malah Sarawak secara umumnya dengan mendapat keputusan cemerlang sarjana dan ijazah kelas pertama dan kelas kedua tinggi di United Kingdom.
Dua beradik dari Kuching itu, Amirul Abrar Bokhairi merupakan anak ketiga daripada empat beradik menuntut di University of Southampton (Degree of Master of Engineering and Bachelor of Engineering - Kelas Kedua Tinggi) dan adik bongsunya, Amirul Afif Bokhairi di University of Leeds (Degree of Master of Engineering and Bachelor of Engineering - Kelas Pertama).
Kedua anak Sarawak ini telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik sejak dari sekolah rendah hingga SPM.
Mereka berdua ini dahulunya tidak pernah berpisah tempat belajar dari Tadika Sinaran
-Tadika ABIM Sri Wangi,
Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan-dan Sekolah Menengah Sains Kuching
Bagaimanapun, ketika di menara gading mereka memutuskan untuk belajar di universiti berlainan.
Akhirnya kedua anak guru ini menamatkan pengajian dengan baik dan menerima sijil dalam majlis konvokesyen di UK baru-baru ini.
Tahniah Anak Sarawak!



Congratulations to the both of you
ReplyDeleteCongrats
ReplyDeleteCongratulations to both of u!Another dean's list student. #Salute #IAmSarawakian
ReplyDeleteSyabas dan tahniah kepada ibubapa ynng memberi sepenoh perhatian sejak dari kecil hingga kedua anaknya sampai ke menara gading dengan kejayaan cemerlang. Tahniah juga kepada adik beradik yang telah mengaharum dan menjulang nama tanah air Sarawal.
ReplyDeleteSyabas tahniah buat semua guru yg telah mendidik dan ibu bapa yang telah menjaga dan menjadikn mereka berjaya. Tumpang bangga, semoga ank² sy juga akn berjaya seperti mereka 🤲🤲🤲
ReplyDelete