Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Dua Program Khas Untuk Atlet OKU Sarawak




SIBU- Dua program telah dimulakan untuk memberi latihan berterusan kepada atlet OKU yang berpotensi untuk mewakili Sarawak dalam Para Sukma 2020 dan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2020 yang akan berlangsung di Johor.

Dilaksanakan oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (Unit Pembangunan OKU), Program Latihan Atlet Elit OKU Sarawak telah mengenalpasti 20 orang atlet dan mereka menjalankan latihan dari Mac sehingga Disember tahun ini.

“Manakala bagi Program Latihan Atlet Pelapis OKU Sarawak, 80 orang atlet juga telah dikenalpasti dan latihan diadakan di empat tempat di Sarawak iaitu Kuching, Bintulu, Miri dan Kota Samarahan,” kata menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah.

Bercakap pada Majlis Pautan Kasih Ramah Mesra Bersama Komuniti OKU Penglihatan dan Warga Emas Bahagian Sibu 2019 malam tadi beliau berkata, seramai 71 orang atlet OKU dari Sarawak telah menyertai sembilan sirkit sukan yang dianjur oleh Majlis Sukan Negara Malaysia sejak Mac 2019 sehingga Julai 2019. 

Sukan berkenaan ialah 10 Pin Bowling, Ping Pong, Badminton, Catur, Boccia, Powerlifting, Olahraga, Bola Sepak Celebral Palsy dan Renang.  

“Setakat Julai 2019, 26 orang atlet OKU Sarawak telah disenarai-pendek untuk mewakili Malaysia ke Filipina 2020. 

“Atlet OKU Sarawak juga telah diberi peluang untuk bertanding di luar negara seperti Singapura, Netherlands, China, Dubai, dan Hungary dalam acara Renang, Olahraga, Memanah, Powerlifting dan Ping Pong,” katanya.

Menurut beliau, atlet-atlet terbabit turut berpeluang untuk dipilih bagi mewakili Malaysia di Paralympics 2020 - Tokyo, Jepun.

Sementara itu, temasya melibatkan sukan, kemahiran kerja dan rekreasi untuk OKU yang dinamakan Karnival Orang Kurang Upaya Sarawak (K.O.K.U.S) telah dicadang untuk diadakan di Unimas dari 23-27 November melibatkan acara Pertandingan Abilympics dan OKU Got Talents.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.