Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Dua tokan ais ditahan polis



KUCHING - Dua tokan syabu atau dikenali ais di sini ditahan polis dalam serbuan di Jalan Sungai Tengah, Kampung Daun Sungai Tengah, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Superintenden Sahar Abd Latif berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, serbuan tersebut dijalan pasukannya sekitar pukul 11.30 pagi.

Jelasnya, kedua suspek yang pengganggur berasal dari Bau dipercayai terlibat aktiviti pengedaran dadah bermula awal tahun ini.

"Pemeriksaan dalam rumah itu menemukan satu beg berzip warna hitam yang mengandungi sepeket plastik lutsinar mengandungi 4 peket plastik lutsinar berisi
ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu.

"Selain itu, satu peket plastik lutsinar mengandungi 15 tiub straw dengan ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu. Jumlah keseluruhan berat kasar 6.25 gram dianggarkan bernilai RM1,000," katanya dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Tambahnya, seorang lelaki yang disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah juga ditahan dalam serbuan sama.

"Kesemua saspek di bawa ke Pejabat BSJND Bau untuk tindakan lanjut.

"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap didapati positif dadah Amphetamine / Methamphetamine," ujarnya.

Sehubungan itu, Sahar memberitahu, kesemua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan kedua tokan juga disiasat mengikut Seksyen 39A(1) akta sama.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.