Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Lelaki ditangkap kerana mencuri motosikal


BAU : Seorang lelaki berusia 40 tahun dicekup Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau kerana mencuri sebuah motosikal malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek  ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota yang sedang membuat Operasi Lejang di sekitar Tasik Biru.

"Ketika diperiksa suspek memecut motosikal untuk melarikan diri sebelum berjaya ditangkap di Jalan Kampung Belimbing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, katanya, pihak menerima laporan seorang lelaki berusia 23 tahun melaporkan kehilangan motosikalnya di Pekan Siburan pada jam 7.26 petang.

"Motosikal miliknya lelaki berkenaan yang diletakkan di hadapan sebuah bengkel hilang dipercayai dicuri," ujarnya.

Katanya, semakan yang dilakukan menerusi nombor pendaftaran dan casis adalah sama dengan motosikal digunakan suspek.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.