Tiada perjanjian 2 tahun ganti Dr Mahathir
KUALA LUMPUR - Tiada perjanjian tempoh masa dua tahun bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jelas Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengetahui perjanjian rancangan pengganti namun soal dua tahun yang dicanang kepada awam tidak pernah dipersetujui."Tiada perjanjian ia bagi tempoh dua tahun. Mungkin terdapat cadangan, namun tiada ditulis dalam kertas dan perjanjian verbal," katanya ketika temubual dengan Nikkei Asian Review.
Tambah Mukhriz, parti komponen PH berkongsi konsensus am bahawa Dr Mahathir perlu diberi masa secukupnya untuk membaiki ekonomi Malaysia dan isu kewangan sebelum menyerahkan kepimpinan kepada Anwar.
"Beliau (Mahathir) patut diberi masa secukupnya untuk melakukan apa yang dimahukan. Walaupun kita mengetahui usianya, beliau tidak menunjukkan sebarang tanda makin perlahan," jelasnya yang mana Dr Mahathir kelmarin menyambut harijadi ke-94.
Mukhriz juga menafikan pertelingkahan dalaman PH dengan dakwaan Dr Mahathir mungkin berat ke arah Datuk Seri Azmin Ali untuk menjadi pengganti sebagai Perdana Menteri.
Mukhriz menyatakan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas Dr Mahathir adalah jelas.
"Rasa saya sejak majoriti percaya Anwar dilantik sebagai pengganti, beliau (Mahathir) patut diberikan masa secukupnya," ujarnya.

Post a Comment