20 tan Kokain Dalam Kapal JP Morgan?
NEW YORK - Pihak berkuasa Philadelphia merampas 20 tan kokain yang ditemukan dalam sebuah kapal kargo pada bulan Jun lalu.
Kapal tersebut dimiliki oleh satu dana dikendalikan oleh badan perbankan gergasi, JP Morgan Chase (JPM).
Sumber berkata, kapal MSC Gayane, adalah sebahagian daripada dana strategi pengangkutan yang dijalankan untuk unit pengurusan aset bank pada Rabu lalu.
Ini bermaksud JPM tidak mengawal operasi kapal, tetapi kapal berbendera Liberia itu dikendali oleh Syarikat Perkapalan Mediterranean yang berpangkalan di Switzerland.
Bagaimanapun, bank itu tidak memberi sebarang komen.
Agensi penguatkuasaan undang-undang menaiki MSC Gayane pada 17 Jun dan mendapati kokain, yang dianggarkan mempunyai nilai harga pasaran AS$1.3 bilion (RM5.3 bilion).
"Sejumlah besar dadah berbahaya telah dibawa masuk ke perairan Philadelphia, semua agensi kami akan mengambil tindakan paling keras pada semua pihak yang terlibat." kata Peguam Negara, William McSwain.
Mediterranean Shipping Company (MSC) dalam satu kenyataan memberitahu, pada 18 Jun, malangnya, syarikat-syarikat perkapalan dan logistik dari masa ke semasa terlibat dalam kes penyeludupan.
MSC mempunyai sejarah sejak dulu lagi untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu membanteras pemerdagangan narkotik yang menyalahi undang-undang.
Kapal itu sedang dalam perjalanan ke Eropah utara pada masa ia dirampas, dan selain daripada kontena yang diambil oleh pihak berkuasa di AS, semua kargo lain telah dihantar ke destinasi mereka di kapal MSC yang lain.

Post a Comment