Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Gummy Bear Paling Pedas di Dunia



Ia mungkin comel dan kecil, tetapi Lil' Nitro bukan boleh dibuat main umpama dinamit kecil.

Lapor Odditycentral, dengan skala Scoville yang melepasi jutaan unit, gula-gula ini adalah 900 kali lebih pedas daripada cili Jalapeno, menjadikannya gummy bear terpedas di dunia.

Selepas mengeluarkan gula-gula dan lollipop terpedas dunia, idea terbaharu Syarikat Flamethrower Candy memperkenalkan pula gummy bear terpedas ini.

Jangan terpedaya dengan penampilan comel dan menarik pada gummy bear ini, kerana ada sebab ia menjadi dinamit kecil.

Dibuat daripada ekstrak cili merah khas, ia 900 kali lebih pedas dari cili Jalapeno dan berganda pedas lagi dari cili Carolina Reaper, Dragon's Breath dan Pepper X, yang merupakan lada-lada terpedas dunia.

Ekstrak lada yang digunakan untuk membuat Lil 'Nitro dinilai pada skala kepedasan 9,000,000 Scoville, walaupun ramuan gula-gula itu dicampur dengan bahan-bahan lain, ia masih berada pada nilai 7,200,000 Scoville.

Untuk perspektif, cili Carolina Reaper yang digeruni mempunyai penarafan purata sebanyak 2.2 juta Scoville.

Gummy bear Lil' Nitro dibungkus secara berasingan dalam pek dan rekaan serta warna kotaknya menonjolkan kehangatan kadar kepedasan gula-gula itu.

Pada kebiasaannya, segenggam gummy bear akan dimakan sekali gus, tetapi hanya sebiji Lil' Nitro akan membuatkan mulut, tekak dan perut anda seperti dibakar.

Kerana keunikan gula-gula ini, anda dinasihatkan untuk menyimpan gummy bear ini jauh dari jangkauan kanak-kanak.

Walaupun secara teknikalnya Lil' Nitro berperisa rasberi, anda kemungkinan besar sukar untuk mengesan rasa itu kerana kepedasan melampau yang memenuhi segenap mulut anda.

Jika berani, anda boleh memesan Lil 'Nitro Gummy Bear dari laman web Flamethrower Candy, untuk $6.99 (RM29).

Kalau berani cuba la?

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.