Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Bomba selamatkan ikan lumba lumba

Gambar ihsan Bomba


KUCHING - Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba berukuran 1.3 meter dalam keadaan masih hidup sedang terdampar di pantai Kampung Trombol, Telaga Air, hari ini.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.44 petang tadi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan dengan kekuatan 10 anggota.

"Setibanya di lokasi, Komander Operasi mengesahkan terdapat seekor ikan lumba-lumpa yang terdampar.

"Mereka kemudian mengusung ikan itu ke kawasan air yang dalam sebelum melepaskannya," jelas kenyataan itu.

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 3.10 petang.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.