Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Usaha Mencari Masih Buntu






Gambar ihsan Bomba
MULU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mulu seorang lagi mangsa dipercayai dibawa arus deras akibat banjir kilat di Gua Rusa ditangguhkan pada pukul 3.11 petang tadi selepas tiada sebarang penemuan baharu hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pasukan SAR tiba di Pos Kawalan Bomba (PKB) pada pukul 4.30 petang.

Jelasnya, operasi ditangguhkan dan akan disambung pada esok pagi.

"Pasukan SAR 1 dan SAR 2 telah digabungkan dan membuat pencarian menggunakan teknik sweeping di sepanjang laluan tempat kali terakhir mangsa dilihat sehingga ke penghujung Deep Pool.

"Pencarian dan teknik yang sama dilakukan sebanyak empat pusingan dengan radius pencarian adalah 600 meter dari pintu Gua Rusa," katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, pasukan SAR 3 pula bergabung dengan SAR 4 dan SAR 5 melakukan pencarian melalui tepi gua dan masuk ke dalam anak sungai dalam terowong gua dengan radius 900 meter.

"Pasukan SAR 3 kemudian berpatah balik ekoran keadaan sungai serta laluan semakin sempit dan bahaya untuk dilalui.

"Operasi diteruskan dengan menyusuri laluan anak sungai menggunakan teknik mengikut aliran air sehingga keluar ke Sungai Rusa namun masih tiada sebarang penemuan baharu ditemukan," ujarnya.

Menurutnya,SAR 3 berpatah balik ke tempat terakhir mangsa di lihat hanyut dan membuat pencarian juga tiada apa-apa petunjuk baharu.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.