Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Kakitangan kerajaan berkongsi kuarters




 TIDAK CUKUP: Dennis menunjukkan kemudahan kuarters yang masih tidak mencukupi untuk kakitangan Klinik Kesihatan Long Lama.


LONG LAMA: Terpaksa berkongsi kuarters, itu masalah yang terpaksa dihadapi oleh kakitangan Klinik Kesihatan Long Lama sejak klinik itu beroperasi pada tahun 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, setakat ini klinik tersebut hanya mempunyai dua blok dan tidak dapat menampung jumlah kakitangan yang ada.

Klinik yang terletak ditengah-tengah kawasan Baram itu mempunyai empat orang doktor, seorang doktor pakar dan 39 kakitangan.

“Buat masa ini kakitangan klinik termasuk mereka yang sudah berkeluarga terpaksa berkongsi tempat tinggal.”

“Saya berharap Kementerian Kesihatan meneliti perkara ini dan mengambil langkah sewajarnya untuk keselesaan kakitangan,” katanya sambil menambah klinik tersebut memerlukan kira-kira 20 kuarters baharu.

Dennis menambah, setiap hari klinik itu menerima kira-kira 120 pesakit kerana lokasinya yang strategik di Baram.

Kuarters Klinik Kesihatan Long Lama
Terdahulu Dennis menyampaikan sumbangan dua unit kerusi roda kepada Lembaga Pelawat Klinik Kesihatan Long Lama.

“Klinik ini sentiasa dekat dihati saya, justeru apa sahaja masalah yang dihadapi akan cuba ditangani dengan sebaik mungkin,” katanya.

Selain itu, Dennis berkata akan membawa komuniti tempatan termasuk ahli Gabungan Parti Sarawak untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan menanam pokok di kawasan halaman klinik.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.