Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Netizen adu harga tepung subsidi naik

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercerita tentang pengalaman beliau berkunjung ke sebuah kedai makandi Sarawak dan memasak sendiri makanan yang yang dipesan olehnya.

 Saifuddin dalam kemaskini di halaman rasmi Facebook beliau tidak pula menyatakan di mana beliau berada secara specifik.

 Apa yang lebih menarik, kemaskini menteri KPDNHEP itu menjadi medan rakyat menyuarakan isu kenaikan melampau harga tepung.

Seorang netizen, Siti Zubaidah Hj Jamil, mengambil kesempatan untuk memberitahu menteri tentang kenaikan melampau harga tepung yang menjejaskan para peniaga kecil "YB yg dihormati, mohon pantau stok tepung gandum (subsidi kerajaan) selalu takder stok dan lagi satu yg guni, semakin hari semakin tinggi harganya.. 2 tahun lepas rm35.. sekrg ni dah hampir rm50 seguni.. kami peniaga kecil-kecilan sgt2 terkesan.. terimakasih YB," kata Siti Zubaidah.

 Komen Siti itu segera dijawab oleh Saifuddin sendiri yang mahukan maklumat lebih terperinci.

Saifuddin Nasution berkata, "Siti Zubaidah Hj Jamil share lokasi di mana dijual harga tinggi itu? sy akan segera hantar team penguatkuasa. tkasih,"


Siti Zubaidah Hj Jamil menjawab, "Saifuddin Nasution YB yg saya hormati.. di Bandar Tasik Puteri, Rawang khususnya.. dan di area Rawang secara amnya.. di kedai barangan bakeri juga harga hampir rm50 seguni (cap Bluekey).. yg kotak - 12pack mmg sgt2 sukar nak ada stok.. yg boleh saya katakan hampir semua kedai sukar nak ada stok tepung subsidi (12pack sekotak).. kalau ada pun mereka hanya hadkan jualan 2/3pack shj setiap belian.. mohon buat sesuatu ya.. kerjasama & perhatian YB sgt2 dihargai."

 Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada Siti kerana membawa ke pengetahun beliau tentang isu kenaikan harga tepung subsidi.

 Interaksi Menteri dan netizen itu tidak terlepas dari pandangan para pengkritik lain yang membidas KPDNHEP yang bersikap acuh tak acuh apabila ditanya.

 Mohd Fauzi Moktar mendakwa, "harga dr kilang sblm ni rm42 skrg rm47.tepung kan barang kawalan takkan naik pihak kpdn xtau.yg bagusnya langsung xde pemberitahuan..tanya 10x pun x jwb."

 Beliau turut mendakwa bahawa tepung subsidi seolah olah disorok poihak tertentu. "Yg subsidi pun da lama sgt x nmpk.saya risau di sorok utk supply pd industri dgn hrga mahal sikit dr hrga subsidi tp masih dpt untung.jalankan keja tuan,"




 

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.