Parlimen P204 Betong menjadi juara keseluruhan pada Hari Potensi KEMAS
Parlimen P204 Betong menjadi juara keseluruhan pada Hari Potensi KEMAS peringkat Zon 3 Sarawak yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan(SK) Abang Leman Kabong dekat sini.
Kemenangan menerusi tiga daripada 10 acara yang dipertandingkan memberi peluang kepada mereka untuk menjuarai keseluruhan dalam acara tahunan Jabatan KEMAS bagi menilai potensi kanak-kanak.
Acara-acara yang didipertandingkan melibatkan permainan Rounders, Gerak Kreatif dan Sprint Hudle yang dimenangi parlimen Betong, permainan Futsal dan Kanak-kanak Cemerlang yang dirangkul oleh parlimen Sarikei.
Manakala acara Bola Jaring dan Multimedia dimenangi parlimen Saratok selain acara Taska Kreatif dan Formula One menjadi milik parlimen Lubok Antu dan bagi Pemaju Masyarakat Tabika Inovatif dianugerahkan kepada parlimen Sri Aman.
Majlis penangguhan telah dirasmikan oleh Pegawai KEMAS Bahagian(PKB) Sarikei, Joseft Unsong, selaku penasihat hari Potensi Zon 3 Sarawak yang meliputi Sarikei, Saratok, Betong, Lubok Antu dan Sri Aman.
Beliau seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Hadir sama Pegawai KEMAS Daerah(PKD) Saratok, Mohamad Iqbal Abdullah, PKB Betong Peggy Ann Iba dan PKD Lubok Antu, Marinda Steward.

![]() |
| Penyampaian hadiah kepada pemenang |

Post a Comment