Polis cekup tokan dadah Sibu, rampas dadah bernilai RM239,410
![]() |
| Hasil rampasan |
SIBU - Dua lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga China dipercayai terlibat pengedaran dadah sekitar Sibu sejak awal 2018 dicekup polis dalam serbuan di sebuah rumah di Lorong Wong Ping Huo semalam.
Dalam serbuan sekitar pukul 11.45 pagi, bertindak atas maklumat dan risikan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) memecah masuk rumah itu dan mendapati seorang suspek cuba melarikan diri dengan terjun dari beranda tingkat satu.
Ketua JSJ Narkotik IPK Sarawak, Supt. Sahar Abd Latif berkata, suspek tersebut berjaya ditahan bersama tiga lagi suspek yang berada di ruang makan rumah berkenaan.
Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 25 ke 26 tahun yang mana merupakan pengganggur.
"Pemeriksaan pada dua bilik menemukan pelbagai jenis dadah iaitu syabu seberat 547 gram (g), erimin 5 (889g), ketamin (543g) dan ekstasi (75 biji) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM229,410.
"Kesemua dadah dirampas dan suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sibu untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Tambahnya, polis juga menyita sebuah kereta Toyota Wish, Honda Civic, seutas rantai emas, gelang emas dan wang tunai RM5,000.
"Polis dalam proses memohon reman dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B ADB 1952 yang mana jika disabit boleh dijatuhkan hukuman mati," tegasnya.
![]() |
| Hasil rampasan |
![]() |
| Hasil rampasan |



Post a Comment