Pengawal Keselamatan dijumpai selamat
Wan Kamaruddin Wan Muhammad 30, yang hilang sejak 3 hari yang lalu telah dijumpai selamat.
Kami difahamkan beliau telah sesat dan tidak dapat mencari jalan keluar.
Beliau dijumpai di tepi jalan kawasan perumahan tidak jauh dari Samariang Water Park.
Berdasarkan maklumat awal, beliau telah masuk ke dalam hutan pada hari pertama dan gagal menemui jalan keluar dan hanya bergantung dengan buah buahan hutan sepanjang beliau tersesat.
Beliau hanya menemui jalan keluar pada tengah hari 11/7/2019 dan terus membawa motosikal ke rumah rakannya untuk meminta bantuan makanan.
Mangsa dibawa Pihak APM ke Hospital Umum untuk pemeriksaan kesihatan
Mangsa masih lemah dan mengalami sakit di bahagian dada.
Mangsa masih lemah dan mengalami sakit di bahagian dada.
Update.
As-Salam YB, this is the chronology;
1) Wan Kamarudin pergi cari ketam mcm biasa petang hari Isnin 8 Julai pukul 4.30 petang
2) Nya tertinggal bekal yg biasa nya ngembak that day
3) Motosikal nya ditinggal di rumah kawannya area Bukit Kudi (ranto Semariang Water Park)
4) Nya turun cari ketam & sesat dalam hutan ya for three days
5) Pagi tok tek bok nya dpt keluar dalam keadaan lemah longlai.
6) Pihak Polis ambiknya di Bukit Kudi ya & embknya pulang umah
7) Pihak JPAM molah first aid treatment kt rumah kakya embknya pg ke GH utk rawatan susulan.
8) Pagi tadik cdak pasukan Bomba trut serta dgn cdak family Wan Kamarudin utk polah pencarian..
9) Cdak family now lega & mmg pdh nya mmg terer dlm bab survive kt dalam ya cuma kali tok paling lamak.
10) Alhamdulillah semua pihak membantu dalam operasi mencari Wan Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Wan Ketam dalam kalangan kawan2 nya.









Post a Comment