Warga Asing Dicekup Dadah
DIA CARISSA
Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bintulu berjaya menahan dua lelaki, awal petang, Rabu lalu.
Saspek warganegara asing berumur 28 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan diketuai Sub/Inspektor Mahdi Ramli di hadapan pondok kosong tidak bernombor, di KM 93, Jalan Bintulu/Tubau, di sini.
Hasil pemeriksaan kedua-dua saspek, pihak menemui 69 keratan tiub straw yang disyaki mengandungi dadah syabu dengan berat kasar 40.3 gram daripada sabjek pertama sementara
19 keratan tiub straw berisi ketulan kristal berat kasar 9.5 gram juga disyaki dadah syabu daripada sabjek kedua.
Jumlah berat kasar keselurugan dadah dirampas 49.8 gram dengan nilai pasaran RM7,000.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili semasa mengesahkan kes tersebut memberitahu hasil ujian saringan awal yang dijalankan, mendapati kedua-dua sabjek negatif dadah serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Kes, katanya, disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, saspek boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan 10 kali sebatan.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 pula, jika disabit kesalahan, penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada sembilan.

Post a Comment