Pergi sebagai seorang wira
MIRI - Pemandu pelancong yang terkorban dalam kejadian banjir kilat di Gua Rusa di Taman Negara Mulu, dikatakan berjaya menyelamatkan seorang pelancong asing sebelum dia hanyut lalu hilang.
Robiezal Robin, 20, yang sudah tiga tahun berkerja sebagai pemandu pelancong berjaya menyelamatkan Gerda Alida sebelum dirinya dibawa arus deras.
Gerda merupakan isteri kepada Peter Hans Hoverkamp, pelancong dari Belanda yang turut terbunuh dalam kejadian itu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong yang menyifatkan mendiang sebagai seorang pemuda yang bertanggungjawab dan berani, sehingga sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Gerda.
Mayat mendiang yang dijumpai jam 10 pagi tadi, telah diterbangkan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri ke hospital Miri, diiringi oleh ibu dan bapanya, Doris Batan dan Robin Lagang.
Law berkata mayat Roviezal Robin ditemui dalam keadaan meniarap di atas batu karangan dan di celah kayu.
"Jarak mangsa ditemui adalah 500M daripada entrance Deer water Cave (yg ada Jambatan). Mangsa dijumpai oleh Pasukan SAR 4," kata Law kepada media melalui sistem pesanan WhatsApp.
Menurut Law, "Jarak dari tempat kejadian ke tempat mangsa di jumpai lebih kurang 800 meter."
Manakala jarak tempat kejadian dan tempat pasukan SAR menjumpai baju pula sekitar 400 meter.
"Jarak dari (tempat) baju (ditemui) ke tempat mangsa ditemui ialah 400 meter," jelas Law.
Katanya mangsa tidak memakai baju dan tiada kasut. Hanya berseluar dan stokin sahaja.
Gambar dan Info ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Robiezal Robin, 20, yang sudah tiga tahun berkerja sebagai pemandu pelancong berjaya menyelamatkan Gerda Alida sebelum dirinya dibawa arus deras.
Gerda merupakan isteri kepada Peter Hans Hoverkamp, pelancong dari Belanda yang turut terbunuh dalam kejadian itu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong yang menyifatkan mendiang sebagai seorang pemuda yang bertanggungjawab dan berani, sehingga sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Gerda.Mayat mendiang yang dijumpai jam 10 pagi tadi, telah diterbangkan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri ke hospital Miri, diiringi oleh ibu dan bapanya, Doris Batan dan Robin Lagang.

Post a Comment