Syed Saddiq hormati pendirian Sarawak
Menurutnya, apa yang penting adalah kerajaan pusat dan negeri serta agensi menjaga belia dapat mengatur banyak program bersama menjurus pembangunan belia.
Katanya, bagi persatuan belia terbesar Sarawak yang mendaftar bawah ROS mempunyai banyak program seperti melibatkan B40, keusahawan dan lain-lain.
"Jika had umur bawah lagi diturunkan, ia akan mencacatkan apa-apa yang telah dibuat selama ini.
"Sebab itu, masa ini kita masih melihat secara mendalam apakah implikasi dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia sebentar tadi.
Terdahulu, Sarawak mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun sehinggalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bersetuju menukar kepada had umur baharu.
Tambah Abdul karim, tapi secara am kita boleh bekerjasama kerana KBS dan kementeriannya menjurus yang sama untuk membangunkan belia.
Sementara itu, Syed Saddiq memberitahu, beliau menghormati pandangan kerajaan Sarawak soal had umur belia daripada 40 ke 30 tahun.
Jelasnya, pindaan dibuat hanya libatkan pesatuan dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
"Apa dibangkitkan kerajaan negeri lain, memang dana kerajaan negeri, aset juga maka itu bukan bawah bidang kuasa pusat.
"Tapi bawah ROY kita akan teruskan dan rasa jalan untuk kita kerjasama lebih rapat di mana kerajaan Persekutuan membantu dalam mensasarkan bantuan bagi belia bawah 30 tahun dan transisi bermula Disember 2021," ujarnya.


Post a Comment