Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Polis tahan tiga lelaki bersama rokok seludup bernilai RM511,800


semua gambar ihsan PDRM



LIMBANG - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 menahan tiga suspek bersama 4,490 karton rokok seludup dan tiga kenderaan di sebuah rumah di kilomter 19, Entagis Lumbai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM511,800.

Katanya, Op Landai yang dilakukan sekitar pukul 8.30 malam menahan tiga kenderaan terdiri daripada dua pacuan empat roda (4x4) Isuzu Dmax dan Toyota Hilux.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan rokok sebanyak 4,490 karton yang dipercayai tidak bercukai.

"Ketiga suspek diminta mengemukakan sebarnag dokumen berhubung muatan rokok namun gagal lantas dibawa ke Balai Polis Limbang untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan orang awam agar tidak menjual dan membeli rokok tidak bercukai kerana jika didapati bersalah boleh didenda dan dipenjara.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan penjualan rokok atau minuman keras tak bercukai boleh menghubungi 082-33411," ujarnya.




No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.