Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Rumah Panjang di Long Palai, Baram, Hangus




BARAM: Kira-kira 20 orang tinggal sehelai sepinggang selepas satu daripada lima baris rumah panjang di Long Palai, Baram yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, mereka menerima laporan kebakaran rumah panjang kaum Kenyah itu dari guru Sekolah Kebangsaan (SK) Long Palai pada jam 5.20 pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Maklumat lanjut masih belum diperolehi kerana masalah komunikasi. Dipercayai kebakaran ini melibatkan blok yg mempunyai 6 bilik," katanya.

Jarak perjalanan ke lokasi kebakaran memerlukan 7 ke 8 jam melalui jalan jalan balak.

Beliau menambah, kebakaran rumah panjang pernah berlaku di Long Palai pada tahun 2017.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.