Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Wanita Hilang 8 Minit









KOTA SAMARAHAN : Wanita yang dilaporkan hilang oleh keluarganya ditemui dalam keadaan selamat iaitu di kawasan hutan paya nipah Kampung Plaie, kira-kira 500 meter dari gerai Pusat Penjaja Kampung Baru pada pukul 9.35 pagi.

Mangsa, Jubai Bte Amat, 67, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada jam 9.27 pagi tadi dijumpai selamat oleh penduduk kampung kira-kira 8 minit gerakan mencari bermula.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang dalam keadaan lemah sebelum itu diberi rawatan awal seterusnya dihantar ke Hospital Pusat Jantung Samarahan oleh EMRS Samarahan.

Terdahulu pihak polis mohon khidmat Bomba mencari mangsa hilang.

Maklumat awal daripada si pelapor yang buat laporan kepada pihak Polis, mangsa adalah ibu saudara kepada sipelapor dipercayai mempunyai masalah kesihatan nyanyuk.

Menurutnya lagi mangsa dikatakan telah pernah tiga kali hilang.

Operasi SAR yang turut disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, penduduk kampung dan ahli keluarga mangsa tamat sepenuhnya pada jam 9.48 pagi.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.