Korban banjir kilat Mulu
MIRI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mulu bagi mengesan seorang lagi mangsa dipercayai dibawa arus deras akibat banjir kilat di Gua Rusa Mulu semalam terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat pukul 3.22 petang tadi.
Mangsa iaitu lelaki warga Malaysia, Roviezal Robin, 20, setakat ini masih belum ditemukan.
Ketua Bomba Zon Miri, Lau Poh Kiong berkata, pasukan SAR sedang keluar dari Gua Rusa dan balik ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di Base Camp Taman Negara.
"SAR Mulu bagi mencari mangsa kedua di sekitar kawasan dengan anggaran jarak dari taman negara ke pintu masuk gua 3Km dan dari pintu gua ke dalam dengan radius pencarian 2 km.
"Tumpuan pencarian di kawasan darat," katanya.
Operasi SAR hari ini diteruskan dengan bantuan Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pasukan polis dan kakitangan Taman Negara Mulu.
Terdahulu, mayat mangsa warga Belanda, Peter Hans Hovenkamp, 66, ditemukan lemas pukul 6.40 pagi tadi.
Mayat mangsa akan diterbangkan guna pesawat heli Mi17 Unit Udara Bomba sebaik urusan lain selesai bagi urusan penyerahan di Pangkalan Miri.
Semalam, bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kehilangan dua pelancong pada 6 petang.
Lapan lagi, termasuk seorang pemandu pelancong terselamat dalam kejadian itu.

Post a Comment