Satu lagi kawasan Rabies di Engkilili
KUCHING - JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR SARAWAK ingin memaklumkan tujuh sampel ujian baru
didapati positif rabies.
Sampel tersebut adalah dari Kpg. Seroban, Serian, Kampung Siantan, Jalan Tangga By-Pass,Serian,K im Chu Shin, Batu Kawa, Kuching, Kasuma Resort, Petra Jaya, Kuching,Tanjung Durian, Siniawan, Bau
dan Rumah Semuel Adeng, Engkilili, Sri Aman (2 sampel positif).
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Dr. Adrian Susin Ambud dalam satu kenyataan hari ini berkata semua kes, kecuali dua sampel dari Rumah Semuel Adeng, Engkilili adalah dalam 10 KM radius Kawasan wabak rabies.
"Rumah Semuel Adeng, Engkilili, Lubok Antu Sri Aman telah diisytihar sebagai Kawasan yang ke-63 sebagai Kawasan dijangkiti rabies pada pagi tadi oleh YB Datuk Amar Douglas Uggas Embas selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri," kata Adrian.
Beliau berkata Jabatan akan terus mempergiatkan aktiviti pemvaksinan haiwan.
"Setakat ini sebanyak 131,880 haiwan telah disuntik. Doktor Veterinar swasta juga ada menyediakan suntikan rabies di klinik Veterinar masing-masing dan setakat ini lebih 10,000 ekor haiwan telah disuntik vaksin rabies," tambah beliau.
Pemilik haiwan adalah dinasihatkan untuk memvaksinkan haiwan peliharaan mereka terutamanya anjing, melakukan pemandulan dan pengurung haiwan bagi mengekang dan mengelakan penularan rabies.
Pemilik anjing perlu mempastikan anjing mereka dikurung dan disuntik vaksin anti-Rabies dikawasan wabak.
Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan dibawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
Denda tidak melebihi RM2,500 dan anjing yang berkeliaran akan ditangkap sekiranya tanpa bukti pemvaksinan anti-Rabies.
Penyakit rabies boleh merebak melalui gigitan dan cakaran haiwan yang dijangkiti virus tersebut.
"Oleh yang demikian orang ramai perlu berwaspada dan sekiranya terkena gigitan, cakaran dan air liur, luka perlu dicuci dengan air sabun selama 15 minit dan segera pergi ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut," jelas beliau.

Post a Comment