Polis Marin Miri rampas bir dan rokok
MIRI - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Miri menemukan longgokan bir dan rokok yang keseluruhan bernilai RM52,256 di tepi deretan kedai tak bernombor di Terminal Bas Tudan atas maklumat awam semalam.
Pemangku Komander PPM Wilayah Lima, Superintenden Abd. Rahman Mat Hasan berkata, pasukannya ketika itu menjalankan Op Landai yang diketuai ASP Dunsmore Intih bersama enam anggota sekitar pukul 7.30 petang.
"Pemeriksaan dilakukan menemukan bir dan rokok yang dipercayai diseludup untuk dipasarkan di kawasan perumahan berhampiran Kuala Baram.
"Pasukannya menunggu lebih kurang dua jam, untuk menangkap pemilik barangan namun tiada sesiapa yang datang," katanya.
Tambahnya, kesemua barangan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri membuat laporan dan diserahkan kepada Pegawai JSJ IPD Miri untuk siasatan lanjut.

Post a Comment