Header Ads

 photo Artboard 2-100.jpg

Polis Marin rampas rokok bernilai RM275,016



KUCHING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Kuching menyerbu sebuah premis di Lorong 3, Jalan Arang di sini dengan menemukan dua buah kenderaan menyimpan pelbagai jenis rokok tak bercukai sebanyak 458,360 batang rokok, semalam.

Menurut Pemangku Komander PPM Wilayah Lima, Superintenden Abd. Rahman Mat Hasan, bertindak atas maklumat, pasukannya diketuai seorang ASP bersama lima anggota Unit Risikan Marin (URM) Kuching menjalankan serbuan berkenaan pada pukul 7.45 pagi.

"4 pekerja tempatan ditahan di premis itu bagi siasatan lanjut. Kesalahan dibawah Akta Kastam 1967.

"Pasukan itu turut merampas dua kenderaan iaitu lori dan sebuah mpv bernilai RM170,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd Rahman berkata nilai rampasan keseluruhan hampir setengah juta.

Beliau menegaskan PPM akan terus membanteras kegiatan penjualan dan penyeludup rokok secara haram daripada terus berleluasa di Sarawak.

"Orang ramai juga boleh bekerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dan kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi terus di talian 082-334111," jelasnya lagi.

No comments

Pilihan

230 ditahan dalam Ops Ice Breaker

KUCHING, 1 Ogos – Seramai 230 orang telah ditangkap di dalam Operasi Ice Breaker yang dijalankan pada 29 dan 30 Julai oleh Jabatan Siasa...

Powered by Blogger.